Kurang tidur,kuat makan
Jika anda tidak mahu bertambah
gemuk,pastikan anda mendapat tidur yang cukup. Hal ini kerana kajian yang
dilakukan oleh penyelidik mendapati kekurangan tidur akan meningkatkan hormone
leptin dan ghrlin sekali gus menambahkan selera makan seseorang.
Virend somers, profesor perubatan
dan penyakit kardiovaskular di Mayo Clinic,berkata leptin dan ghrelin berkait
rapat dengan selera makan.
Kajian melibatkan 17 lelaki dan
wanita normal selama 8 malam, dengan separuh daripada mereka tidur secara
normal dan bakinya hanya dua pertiga waktu tidur yang cukup.
Perserta boleh makan sebanyak mana
yang mereka mahu dalam ujian itu. Penyelidik mendapati kumpulan dengan
kekurangan waktu tidur mengambil 549 kalori tambahan setiap hari dan ketiadaan
perubahan ketara dari segi penggunaan tenaga dengan kumpulan yang cukup tidur.
Kismis baik untuk
tekanan darah
Jika anda mempunyai tekanan darah
yang sedikit tinggi berbanding normal atau dipanggil pra hipertensi, anda mungkin
patut mempertimbangkan pengambilan kismis kerana kajian terbaru menunjukkan
rutin pemakanannya tiga kali sehari mampu menurunkan tekanan darah berbanding
snek lain.
Kismis mengandungi kalium yang
sememangnya baik untuk tekanan darah dan sumber serat antioksida yang membantu
mengubah biokimia salur darah. Ia juga membuatkannya kurang tegang sekali gus
merendahkan tekanan darah.
Nasi putih tingkatkan
risiko diabetes jenis 2
Risiko diabetes jenis 2 meningkat
mendadak jika nasi putih dimakan dengan kerap. Kajian menunjukkan kaitan
pengambilannya dengan penyakit tersebut dalam kalangan populasi Asia dan Barat.
Analisis terhadap keputusan empat
kajian iaitu di china, jepun, amerika syarikat dan Australia dibuat oleh
penyelidik Sekolah Kesihatan Awma Harvard bagi menentukan risiko amaun nasi
yang diambil.
Nasi putih ialah sejenis
karbohidrat utama yang diambil di seluruh dunia dan mempunyai nilai GI yang
tinggi. Hal ini bermakna nasi meningkatkan risiko diabetes jenis 2.
Anggaran risiko diabetes jenis 2
meningkat sebanyak 10% dengan setiap peningkatan hidangan nasi putih (kira-kira
158gram).
Nasi putih mempunyai kandungan
nutrient yang lebih rendah berbanding beras perang termasuk serat, magnesium
dan vitamin iaitu bahan yang merendahkan risiko diabetes jenis 2.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar