Senin, 09 Juni 2014

kesehatan kita

nah teman-teman nih ada info tentang kesehatan yuk kita liat..apa aja nih infonya::




Kurang tidur,kuat makan



Jika anda tidak mahu bertambah gemuk,pastikan anda mendapat tidur yang cukup. Hal ini kerana kajian yang dilakukan oleh penyelidik mendapati kekurangan tidur akan meningkatkan hormone leptin dan ghrlin sekali gus menambahkan selera makan seseorang.



Virend somers, profesor perubatan dan penyakit kardiovaskular di Mayo Clinic,berkata leptin dan ghrelin berkait rapat dengan selera makan.



Kajian melibatkan 17 lelaki dan wanita normal selama 8 malam, dengan separuh daripada mereka tidur secara normal dan bakinya hanya dua pertiga waktu tidur yang cukup.



Perserta boleh makan sebanyak mana yang mereka mahu dalam ujian itu. Penyelidik mendapati kumpulan dengan kekurangan waktu tidur mengambil 549 kalori tambahan setiap hari dan ketiadaan perubahan ketara dari segi penggunaan tenaga dengan kumpulan yang cukup tidur.







Kismis baik untuk tekanan darah



Jika anda mempunyai tekanan darah yang sedikit tinggi berbanding normal atau dipanggil pra hipertensi, anda mungkin patut mempertimbangkan pengambilan kismis kerana kajian terbaru menunjukkan rutin pemakanannya tiga kali sehari mampu menurunkan tekanan darah berbanding snek lain.



Kismis mengandungi kalium yang sememangnya baik untuk tekanan darah dan sumber serat antioksida yang membantu mengubah biokimia salur darah. Ia juga membuatkannya kurang tegang sekali gus merendahkan tekanan darah.







Nasi putih tingkatkan risiko diabetes jenis 2



Risiko diabetes jenis 2 meningkat mendadak jika nasi putih dimakan dengan kerap. Kajian menunjukkan kaitan pengambilannya dengan penyakit tersebut dalam kalangan populasi Asia dan Barat.



Analisis terhadap keputusan empat kajian  iaitu di china, jepun, amerika syarikat dan Australia dibuat oleh penyelidik Sekolah Kesihatan Awma Harvard bagi menentukan risiko amaun nasi yang diambil.



Nasi putih ialah sejenis karbohidrat utama yang diambil di seluruh dunia dan mempunyai nilai GI yang tinggi. Hal ini bermakna nasi meningkatkan risiko diabetes jenis 2.



Anggaran risiko diabetes jenis 2 meningkat sebanyak 10% dengan setiap peningkatan hidangan nasi putih (kira-kira 158gram).



Nasi putih mempunyai kandungan nutrient yang lebih rendah berbanding beras perang termasuk serat, magnesium dan vitamin iaitu bahan yang merendahkan risiko diabetes jenis 2.




Tidak ada komentar:

Posting Komentar